Isnin, 25 Mac 2013
Couple itu haram?
Mengikut islam couple itu haram kerana ianya mendekati zina.Allah mengharamkan segala jenis perkara yang mendekati zina termasuk 'couple'.Ada orang tanya kat saya kalau tak couple macam mana nak tunang dan kahwin?Jawapan saya Allah tak kata bercinta itu haram Allah kata couple itu haram kerana ia mendekati zina.Senang cerita bila awak dah jumpa pasangan yang awak dah suka dah jatuh cinta terutamanya kalau yang rasa itu seorang lelaki,tak perlu tunggu lama terus je jumpa mak-ayah perempuan tu mintak izin nak jadi calon suami perempuan tu.Bila saya jawab macam ni lelaki akan cakap couple tu supaya kita boleh mengenal pasangan sebelum kahwin dan lagi satu nanti mana tahu ayah dia bagi parang ke masa kita jumpa.Jawapan saya percaya Allah ada cara kalau betul ayah perempuan tu bagi parang kat awak,awak larilah apa susah.Believe Allah kalau jodoh awak ngan dia takkan kemana walaupun beribu rintangan datang awk akan tetap kahwin dengan dia.Saya seorang perempuan saya tahu seoarang perempuan akan tertarik dengan lelaki yang serius dalam perhubungan salah satu cara lelaki yang serius ialah dengan terus berjumpa ibu-bapa mereka.Dalam islam apabila lelaki itu melamar seorang perempuan dan perempuan itu bersetuju dari segi islam mereka sudah sah bertunang.Islam itu mudah bukan?Kepada remaja yang masih bersekolah pula tolonglah lupakan soal cinta awk itu masih mentah perjalanan hidup masih panjang tumpukan kepada pelajaran yakin kalau awak ada jodoh dengan dia suatu hari nanti awk akan kahwin dengan dia juga.Tahu tak kenapa orang 'couple'ni tak lama kerana Allah kurangkan rasa cinta dia supaya mereka tidak melakukan zina.Apa yang perlu kita buat jika kita jatuh cinta?Jawapannya senang sahaja jika awak jatuh cinta beritahu Allah dan berdoa agar jodoh awk dengan dia...Jadikan cinta anda high class bukan low class:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan