"Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki tetapi untuk seorang lelaki yang bernama suami"indah bukan kata-kata itu.Sungguh saya katakan saya tertarik dengan kata-kata itu.Wanita dijadikan dari tulung rusuk lelaki sebagaimana Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam.Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan.Daripada kata-kata diatas dapat saya simpulkan bahawa hanya seorang lelaki sahaja yang iaitu seorang suami yang boleh melihat diri perempuan.Tidak susah seorang wanita ingin memasuki syurga hanya perlu menjaga solat,kata-kata,taat pada ibu-bapa,taat kepada suami dan juga menjaga auratnya dari lelaki-lalaki ajnabi.Wahai kaum wanita tutuplah aurat mu jika kamu tidak mengasihani diri kamu dari terkena api nereka ,kasihanilah ayah dan suamimu yang turut menanggung dosa-dosa mu.Seorang isteri boleh masuk syurga tanpa seorang suami tetapi seorang suami tidak boleh masuk syurga tanpa seorang isteri.Menutup aurat bukan sahaja menutup rambut.pada dunia akhir zaman ini banyak yang memperlekehkan tentang aurat seorang wanita,ramai yang bertudung tetapi tetapi memakai baju lengan pendek,ramai yang bertudung tidak menutup dada,ramai yang bertudung memakai baju dan seluar ketat hingga menampakkan tubuh badan mereka,ramai yang bertudung tetapi baju singkat hingga menampakkan punggung inilah dikatakan berbaju tetapi sebenarnya _________(renung-renungkan dan selamat beramal)
Sekian:)
Rabu, 27 Mac 2013
Isnin, 25 Mac 2013
Nilai Sehelai Kain Niqab
Assalamualaikum:)
Berniqab ialah menyembunyikan wajah dengan sehelai kain biasa.Harga sehelai kain ini tidak mahal tetapi sehelai kain ini mempunyai nilainya sendiri.Namun ramai yang memandang ia sekadar sehelai kain biasa dan tiada nilainya juga yang menilai ia sekadar penutup kepada wajah supaya tidak dikenali.Sesetengah orang mengatakan orang yang berniqab ini hendak menyembunyikan kejahatan dan sebgainya.Pada pendapat saya,muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka gar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia.Di samping itu,orang yang berniqab ini akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan duna yang tidak akan pernah dirasai oleh orang yang tidak berniqab.
Sekian:)Harap berguna untuk mereka yang masih tidah tahu nilai sehelai kain niqab.Kepada yang baru ingin berniqab teruskan usaha anda:)
Berniqab ialah menyembunyikan wajah dengan sehelai kain biasa.Harga sehelai kain ini tidak mahal tetapi sehelai kain ini mempunyai nilainya sendiri.Namun ramai yang memandang ia sekadar sehelai kain biasa dan tiada nilainya juga yang menilai ia sekadar penutup kepada wajah supaya tidak dikenali.Sesetengah orang mengatakan orang yang berniqab ini hendak menyembunyikan kejahatan dan sebgainya.Pada pendapat saya,muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka gar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia.Di samping itu,orang yang berniqab ini akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan duna yang tidak akan pernah dirasai oleh orang yang tidak berniqab.
Sekian:)Harap berguna untuk mereka yang masih tidah tahu nilai sehelai kain niqab.Kepada yang baru ingin berniqab teruskan usaha anda:)
Couple itu haram?
Mengikut islam couple itu haram kerana ianya mendekati zina.Allah mengharamkan segala jenis perkara yang mendekati zina termasuk 'couple'.Ada orang tanya kat saya kalau tak couple macam mana nak tunang dan kahwin?Jawapan saya Allah tak kata bercinta itu haram Allah kata couple itu haram kerana ia mendekati zina.Senang cerita bila awak dah jumpa pasangan yang awak dah suka dah jatuh cinta terutamanya kalau yang rasa itu seorang lelaki,tak perlu tunggu lama terus je jumpa mak-ayah perempuan tu mintak izin nak jadi calon suami perempuan tu.Bila saya jawab macam ni lelaki akan cakap couple tu supaya kita boleh mengenal pasangan sebelum kahwin dan lagi satu nanti mana tahu ayah dia bagi parang ke masa kita jumpa.Jawapan saya percaya Allah ada cara kalau betul ayah perempuan tu bagi parang kat awak,awak larilah apa susah.Believe Allah kalau jodoh awak ngan dia takkan kemana walaupun beribu rintangan datang awk akan tetap kahwin dengan dia.Saya seorang perempuan saya tahu seoarang perempuan akan tertarik dengan lelaki yang serius dalam perhubungan salah satu cara lelaki yang serius ialah dengan terus berjumpa ibu-bapa mereka.Dalam islam apabila lelaki itu melamar seorang perempuan dan perempuan itu bersetuju dari segi islam mereka sudah sah bertunang.Islam itu mudah bukan?Kepada remaja yang masih bersekolah pula tolonglah lupakan soal cinta awk itu masih mentah perjalanan hidup masih panjang tumpukan kepada pelajaran yakin kalau awak ada jodoh dengan dia suatu hari nanti awk akan kahwin dengan dia juga.Tahu tak kenapa orang 'couple'ni tak lama kerana Allah kurangkan rasa cinta dia supaya mereka tidak melakukan zina.Apa yang perlu kita buat jika kita jatuh cinta?Jawapannya senang sahaja jika awak jatuh cinta beritahu Allah dan berdoa agar jodoh awk dengan dia...Jadikan cinta anda high class bukan low class:)
Jumaat, 22 Mac 2013
Ujian dari Allah
Allah memberi ujian kerana Dia rindu akan rintihan hamba-hambanya.Jangan ingat Allah ketika susah dan lupa Allah ketika senang.Ingatlah Allah bila-bila masa sahaja.Pegang dan ingat kata-kata ini”Without Allah we are nothing”.Anggaplah setiap ujian Allah itu adalah sentuhan dan belaian dari Allah.Hadapilah ia dengan senyuman dengan penuh redha dan pasti setiap yang terjadi pasti ada hikmahnyaJ
Senyum:)
Senyum itu senang tetapi untuk tersenyum ketika kita mempunyai sseribu masalah itu pasti susah.Senyum boleh menyembunyikan beribu masalah.Tetapi senyuman palsu(fake smile)tak akan seceria senyuman sebenar dan tak akan semanis senyuman sebenar.Senyumlah ketika orang lain tersenyum dan janganlah menangis ketika orang lain menangis.Menurut psikologi jika kita tersenyum semasa orang lain menangis insyaallah dia akan berhenti menangis .Senyum itu satu sedekah kerana Allah ingin menyenangkan umatnya supaya boleh membuat pahala walaupun hanya perlu tersenyum.Senyum tak perlu kata apa-apa.Tak perlu lokek utuk senyum.Kajian menyatakan orang yang banyak tersenyum mukanya biasanya nampak lebih muda dari umur sebenar J…..
Beza Kawan dan Sahabat
Kawan ada ketika senang belum tentu ketika susah.Dikala kamu jatuh dan semua pergi meninggalkanmu akan ada seorang manusia yang bernama sahabat menghulurkan tangan membantu.Lumrah manusia begitu ada ketika senang dan lari ketika susah.Itulah gunanya seorang sahabat berkongsi suka dan duka bersama dia ada ketika kamu riang dia juga ada ketika kamu menangis.Seorang sahabat yang baik mempunyai sikap begitu.Tetapi kita sering lupa akan sahabat ketika senang itu maknanya kita bukan sahabat yang baik.Kawan mungkin ada 10 dalam 11 tapi mencari seorang sahabat dalam 5 kawan belum tentu.Jika mempunyai kamu mempunyai sahabat jagalah dia dengan elok kerana mencari sahabat yang sebetul-betulnya umpama mencari sehelai rambut dalam seguni tepungJ
Langgan:
Ulasan (Atom)

