photo tab_menu_2_zpsbe456f0d.png  photo tab_menu_2_zps2d24a04e.png photo tab_menu_2_zps4ac6d979.png photo tab_menu_2_zps7984223d.png  photo tab_menu_2_zps08cdbd2a.png  photo tab_menu_2_zpsba92a924.png

Sabtu, 1 Jun 2013

BERCINTA SELEPAS NIKAH

           Assalamualaikum semua

Bila cakap pasal cinta mesti ramai yang pernah bercinta kan?Tak kiralah tepuk sebelah tangan ke dua belah tangan.Perasaan cinta ni datangnya dari Allah sebab Allah yang pegang hati kita.Nak tahu tak kenapa Allah tak benarkan bercinta sebelum nikah?Sebab Allah taknak kita terluka sebab Allah tahu kita ada hati yang lembut tak kiralah lelaki atau perempuan.Tak percaya?Ok straight to the point berapa ramai yang kat luar sana tu yang kecewa sebab cinta,berapa ramai yang frust dengan cinta,berapa ramai yang fobia dengan cinta?berapa ramai yang terluka sebab cinta,yang menangis sebab cinta.Sebab tu lebih afdal bercinta selepas nikah saya tak kata kalau lepas nikah tu kita takkan bergaduh takkan menangis sebab cinta tapi at least kita dan dia dah ada ikatan dan jika betul dia jodoh kita Allah akan tolong.Jodoh akan panjang,

                     

Khamis, 9 Mei 2013

Dear sahabatku:)

         Assalamualaikum
Ya Allah air mata ni mengalir rindukan dia.Menangis bila dengar keadaan mak dia.Saya tahu dia tersenyum tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.Bila dia telefon saya dengan suara serak sebab menangis,bertambah sebak saya.Baru sehari takda dia dah bosan macam ni,bila dia mengadu kat saya dia tak dapat jaga mak dia,seriously saya tahu apa dia rasa tapi saya try pujuk dia try tenangkan dia.Saya hanya boleh titip doa dari sini.


Awak ada setiap kali saya ada masalah,awak ada untuk pujuk saya,tenangkan saya,awak selalu nasihatkan saya.Awak kawan terbaik yang pernah ada dalam hidup saya.Sorry kalau selama ni saya tak memahami awk,sorry selama ni saya ada menyakitkan awk,sorry selama ni saya menyusahkan awk,sorry kalau saya tak dapat jadi kawan terbaik untuk awak,sorry kalau awk rasa saya ni annoying.Bila awk tulis pasal saya dekat blog awk seriously saya tersentuh sangat2.Terasa diri ni dihargai...Moga mak awak akan cepat sembuh:)

Ahad, 14 April 2013

Menutup aurat mengikut syariat islam:)

Assalamualaikum saudara-saudara ku sekalian.Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini.Kali ini saya akan berkongsi sedikit ilmu Allah untuk dijadikan panduan.Beberapa hari lepas di facebook saya ada terbaca menutup aurat tak semestinya bertudung?Tutup pakai baldi pun boleh asalkan tutup rambut.Sungguh saya terkejut mendengar kenyataan ini.Ada yang masih tidak faham apa itu menutup aurat.Secara logiknya memakai baldi itu tidak mengikut syariat,kerana baldi biasanya pendek dan tidak menutup dada.Tak perlu pakai tudung labuh macam ustazah pun takpe asalkan kita bertudung mengikut syariat islam.Bukan saya tidak menggalakan bertudung labuh nya?Saya cuma tujukan kata-kata ini buat org yang baru ingin bertudung.Bertudung labuh itu lebih bagus tetapi biarlah dengan cara istiqamah.Cara menutup aurat mengikut syariat islam ialah  seperti gambar di bawah.
Ramai wanita kata susahnya jadi perempuan semua kena jaga tengok lelaki senang je takyah susah-susah tutup semua.Wahai kaum wanita yang berkata begini sesungguhnya kaum wanita tidak perlu rasa terbeban kerana Allah itu maha adil sebab apa saya kata macam tu?Sebab ayah dengan suami kita nanti pun akan tanggung dosa kita kalau dorang tak menegur kita.Memang aurat dorang sikit tapi jika dorang tak tegur kita dorang pun lagi terbeban tau kat akhirat sana.Seorang anak dan isteri boleh masuk syurga tanapa seorang ayah dan suami.Maknanya kita boleh masuk syurga tanpa dorang tapi dorang?Apa salahnya kita tutup aurat besar ganjaran yang Allah beri dekat syurga nanti.Kaum wanita tahu tak sehelai rambut kita yanh dilihat lelaki bukan muhrim 700000 tahun seksaan dekat neraka!Saya ulang sehelai rambut sahaja.Bayangkan berapa lama kita kena seksa dekat neraka nanti kalau sehelai pun dah sampai 700000 tahun apatah lagi rambut yang tebal entah berapa helai ni.Sanggupkah kita wahai wanita?Sejujurnya saya tidak sanggup.Ramai juga yang kata kalau bertudung tak boleh berfesyen,jawapan saya senang je kecantikan wanita itu hanya untuk suaminya.Nak berfesyen sangat pakai depan suami bukan lelaki ajnabi.Saya tak kata berfesyen itu haram ok.Berfesyen tu boleh tetapi ikut syariat islam jangan terlampau over dengan fesyen sampai menarik perhatian lelaki ajnabi.Ok sampai di sini saja coretan saya,Assalamualaikum=)

Rabu, 27 Mac 2013

Menutup aurat:)

"Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki tetapi untuk seorang lelaki yang bernama suami"indah bukan kata-kata itu.Sungguh saya katakan saya tertarik dengan kata-kata itu.Wanita dijadikan dari tulung rusuk lelaki sebagaimana Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam.Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan.Daripada kata-kata diatas dapat saya simpulkan bahawa hanya seorang lelaki sahaja yang iaitu seorang suami yang boleh melihat diri perempuan.Tidak susah seorang wanita ingin memasuki syurga hanya perlu menjaga solat,kata-kata,taat pada ibu-bapa,taat kepada suami dan juga menjaga auratnya dari lelaki-lalaki ajnabi.Wahai kaum wanita tutuplah aurat mu jika kamu tidak mengasihani diri kamu dari terkena api nereka ,kasihanilah ayah dan suamimu yang turut menanggung dosa-dosa mu.Seorang isteri boleh masuk syurga tanpa seorang suami tetapi seorang suami tidak boleh masuk syurga tanpa seorang isteri.Menutup aurat bukan sahaja menutup rambut.pada dunia akhir zaman ini banyak yang memperlekehkan tentang aurat seorang wanita,ramai yang bertudung tetapi tetapi memakai baju lengan pendek,ramai yang bertudung tidak menutup dada,ramai yang bertudung memakai baju dan seluar ketat hingga menampakkan  tubuh badan mereka,ramai yang bertudung tetapi baju singkat hingga menampakkan punggung inilah dikatakan berbaju tetapi sebenarnya _________(renung-renungkan dan selamat beramal)
Sekian:)

Isnin, 25 Mac 2013

Nilai Sehelai Kain Niqab

Assalamualaikum:)
Berniqab ialah menyembunyikan wajah dengan sehelai kain biasa.Harga sehelai kain ini tidak mahal tetapi sehelai kain ini mempunyai nilainya sendiri.Namun ramai yang memandang ia sekadar sehelai kain biasa dan tiada nilainya juga yang menilai ia sekadar penutup kepada wajah supaya tidak dikenali.Sesetengah orang mengatakan orang yang berniqab ini hendak menyembunyikan kejahatan dan sebgainya.Pada pendapat saya,muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka gar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia.Di samping itu,orang yang berniqab ini akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan duna yang tidak akan pernah dirasai oleh orang yang tidak berniqab.
Sekian:)Harap berguna untuk mereka yang masih tidah tahu  nilai sehelai kain niqab.Kepada yang baru ingin berniqab teruskan usaha anda:)

Couple itu haram?

Mengikut islam couple itu haram kerana ianya mendekati zina.Allah mengharamkan segala jenis perkara yang mendekati zina termasuk 'couple'.Ada orang tanya kat saya kalau tak couple macam mana nak tunang dan kahwin?Jawapan saya Allah tak kata bercinta itu haram Allah kata couple itu haram kerana ia mendekati zina.Senang cerita bila awak dah jumpa pasangan yang awak dah suka dah jatuh cinta terutamanya kalau yang rasa itu seorang lelaki,tak perlu tunggu lama terus je jumpa mak-ayah perempuan tu mintak izin nak jadi calon suami perempuan tu.Bila saya jawab macam ni lelaki akan cakap couple tu supaya kita boleh mengenal pasangan sebelum kahwin dan lagi satu nanti mana tahu ayah dia bagi parang ke masa kita jumpa.Jawapan saya percaya Allah ada cara kalau betul ayah perempuan tu bagi parang kat awak,awak larilah apa susah.Believe Allah kalau jodoh awak ngan dia takkan kemana walaupun beribu rintangan datang awk akan tetap  kahwin dengan dia.Saya seorang perempuan saya tahu seoarang perempuan akan tertarik dengan lelaki yang serius dalam perhubungan salah satu cara lelaki yang serius ialah dengan terus berjumpa ibu-bapa mereka.Dalam islam apabila lelaki itu melamar seorang perempuan dan perempuan itu bersetuju dari segi islam mereka sudah sah bertunang.Islam itu mudah bukan?Kepada remaja yang masih bersekolah pula tolonglah lupakan soal cinta awk itu masih mentah perjalanan hidup masih panjang tumpukan kepada pelajaran yakin kalau awak ada jodoh dengan dia suatu hari nanti awk akan kahwin dengan dia juga.Tahu tak kenapa orang 'couple'ni tak lama kerana Allah kurangkan rasa cinta dia supaya mereka tidak melakukan zina.Apa yang perlu kita buat jika kita jatuh cinta?Jawapannya senang sahaja jika awak jatuh cinta beritahu Allah dan berdoa agar jodoh awk dengan dia...Jadikan cinta anda high class bukan low class:)

Jumaat, 22 Mac 2013

Ujian dari Allah


         Allah memberi  ujian kerana Dia rindu akan rintihan hamba-hambanya.Jangan ingat Allah ketika susah dan lupa Allah ketika senang.Ingatlah Allah bila-bila masa sahaja.Pegang dan ingat kata-kata  ini”Without Allah we are nothing”.Anggaplah setiap ujian Allah itu adalah sentuhan dan belaian dari Allah.Hadapilah ia dengan senyuman dengan penuh redha dan pasti setiap yang terjadi pasti ada hikmahnyaJ

Senyum:)


Senyum itu senang tetapi untuk tersenyum ketika kita mempunyai sseribu masalah itu pasti susah.Senyum boleh menyembunyikan beribu masalah.Tetapi senyuman palsu(fake smile)tak akan seceria senyuman sebenar dan tak akan semanis senyuman sebenar.Senyumlah ketika orang lain tersenyum dan  janganlah menangis ketika orang lain menangis.Menurut psikologi jika kita tersenyum semasa orang lain menangis insyaallah dia akan berhenti menangis .Senyum itu satu sedekah kerana Allah ingin menyenangkan umatnya supaya boleh membuat pahala walaupun hanya perlu tersenyum.Senyum tak perlu kata apa-apa.Tak perlu lokek utuk senyum.Kajian menyatakan orang yang banyak tersenyum mukanya biasanya nampak lebih muda dari  umur sebenar J…..

Beza Kawan dan Sahabat

            Kawan ada ketika senang belum tentu ketika susah.Dikala kamu jatuh dan semua pergi meninggalkanmu akan ada seorang manusia yang bernama sahabat menghulurkan tangan membantu.Lumrah manusia begitu ada ketika senang dan lari ketika susah.Itulah gunanya seorang sahabat berkongsi suka dan duka bersama dia ada ketika kamu riang dia juga ada ketika kamu menangis.Seorang sahabat yang baik mempunyai sikap begitu.Tetapi kita sering lupa akan sahabat ketika senang itu maknanya kita bukan sahabat yang baik.Kawan mungkin ada 10 dalam 11 tapi mencari seorang sahabat dalam 5 kawan belum tentu.Jika mempunyai kamu mempunyai sahabat jagalah dia dengan elok kerana mencari sahabat yang sebetul-betulnya umpama mencari sehelai rambut dalam seguni tepungJ